Friday, September 23, 2011

Retak dan bercantum...

Hari ni aku nak cerita tentang seorang kawan lelaki aku...
Perkenalan kami bermula ketika dia kecundang dalam percintaannya...
Aku yang memulakan persahabatan dengannya...
Bukan aku gatal atau ape... Tapi tak salah kan kita mencipta persahabatan...

Tapi aku tak tau la pulak persahabatan yang aku cipta bole membuahkan perasaan di hatinya...
Nak di pendekkan cerita..Mamat ni suka kat aku...Aku ni lurus bendul,tak tau yang dia suka kat aku...
Dia yang selalu temankan aku makan kat cafe...Dia yang selalu teman aku nak pegi mane2...
Sehingga lah timbul gosip yang dia kapel dengan aku ke...hahaha..

Selepas dia cakap dia suka kat aku..Kitorang pun gaduh....
Dia da tau aku ni ada pakwe,bole lagi luahkan perasaan kat aku..
Aku ni memang mesra alam...Aku memang suka berkawan...
Tapi aku tak pernah layan dia lebih dari seorang kawan....

Pergaduhan kami tu memang kelakar giler...Macam budak-budak bergaduh berebut mainan...
Kami gaduh kat status masing2...Bila dia mara...Aku lagi mara...
Bila dia update status...Aku pun update status balas apa yang dia tulis...
Memang aku maki habis2 la kat dia...Yang kelakar nya,bole pulak dia cakap aku ni garang...hahaha...
Kami saling membalas sehingga lah aku mengalah...Aku nie susah la na gaduh lama2...
Tapi bila aku baca semula komen2 memang kelakar giler....Kawan aku bella yang baca pun tergelak...

Pastu lama2 kami pown berbaik la...
Da berbaik ni,mula lah tanya apa punca pergaduhan...
Rupa2 nya masing2 salah faham....Dia pun da janji hanya nak jadi sahabat aku je...so.....
Aku terima la dia kembali menjadi sahabatku....

Persahabatan yang pernah terjalin tak kan mudah untuk diputuskan walau berapa banyak halangan yg melanda...Walaupun sering bergaduh,kawan lah tempat yang selalu kita pergi dan dengan dia lah kita mengadu....Hargailah sahabat kita...
Nilai persahabatan lebih penting kerana sahabat lah yang akan membantu dan bersama kita...
Tapi jangan salah dalam memilih kawan..Kawan suka memang ramai tapi kawan duka???
Hanya kita yang tau....Hati2 lah dalam memilih kawan...

Telah terlalu lama...

Telah genap setahun aku meninggalkan blog..baru kini aku kembali...
mengepos dan mengupdate blog aku....


Aku nak cerita dulu la...kenapa aku menghilang....
Bukan saja2 aku menghilang..Ada sebabnya..
Aku kini bergelar mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di dunia..iaitu UiTM...
Aku kini berada di part 3 dan belajar dalam kos Pentadbiran Awam...


Kini aku berada dalam minggu final exam..tapi ak masih sempat nak update blog yang lama aku tak update...
Hari ini, aku na cerita tentang final exam yang sedang aku alami...
Korang fikir senang tak study??? Mesti lebih kurang aku je kan??hehehe....
Memang susah kos yang aku bawa ni....Jujur..Tak tipu nie~


Hari ini aku telah menduduki paper aku yang kedua iaitu ekonomi...
Pada mulanya, dengan penuh yakin aku melangkah masuk dalam dewan walaupun ilmu di dada tak penuh....hahaha.... Soalan objektif memang aku tak paham langsung la kan....soalan subjektif pulak aku rasa macam salah soalan pulak...( mcm aku nie terer je buat soalan )..


Pasnie aku akan menduduki paper politik pulak...pulok da~
Memang otak aku ni sangat genius la kan na baca 15 chapter dalam 1 malam..hahaha...
Esok aku ada paper agama lak...aish...tension aku macam ni....
Perlu ke peperiksaan nie~


Kenapa la wat jadual yang memang direct tiga2 subject yang aku kene paham dan hafal???
Ish...tapi buat masa nie aku na release tension lu....kawan aku bella yang dok sebelah aku ni pun tension....padahal memang sama2 tak study..hahaha....


Da sudah la aku update nie...pasnie aku akan selalu mengupdate cerita untuk di kongsi bersama...Aku nak kene study dulu...Esok aku nak jawab pe pulak politik...
Doakan aku berjaya...Dalam perjuangan ini...
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca post aku nie~
Love u allz la...