Friday, September 27, 2013

Pengalaman yang tak dapat ku lupakan....

Hai you alls, apa khabar? Harap semua sihat. Hari ni aku nak cerita tentang satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sehingga kini. Cerita ni berlaku masa sekolah rendah. Aku tinggal kat kampung dengan nenek aku, biasa lah rumah kampung, tangga mesti tinggi kan? Haha. Nak di jadikan cerita, aku suka bawak semua buku pergi sekolah, malas nak tengok jadual kelas. Malas jugak nak keluarkan buku selalu, Haha. Satu hari ni aku turun tangga tergesa-gesa sebab dah lambat nak pergi sekolah. Baru turun dua anak tangga, aku dah jatuh terguling-guling sampai kat tangga paling bawah. Masa itu sakitnya memang tak dapat nak bayangkan. Pergh!!! Sakit gila tau. Nasib baik aku masih waras, kalau tak, tak masuk U la aku ni, Haha. Disebabkan itu, aku memang takut nak bawak beg berat-berat. So, sejak peristiwa itu, aku tak bawa buku teks pergi sekolah. Sampai aku ke U, nota sekeping tu je lah yang aku bawak. :)

P/S: Hati-hati okay kawan-kawan. Thanks for reading. :)

Tuesday, September 24, 2013

UiTM Shah Alam

Alhamdulillah, syukur pada Allah, akhirnya impian aku ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tercapai. Walaupun aku masuk lambat dari kawan2 aku, tapi aku bersyukur masih diberi peluang untuk masuk. Aku dapat Bachelor in Admin Science. Most of my friend take this course. Pada rancangan awal, aku dan kawan2 aku nak bilik 3 org, tp tak dapat, so dapat bilik 2 org. so, aku n kawan aku since diploma duduk satu bilik. Now, aku sudah bergelar student. happy!! :)

Lama tak update blog, sibuk dengan kerja dan persiapan masuk ke UiTM. :)

P/S: Belajarlah selagi masih ada peluang. Jangan sia-siakan masa. :)

Sunday, March 31, 2013

SUPERVISOR FROZENECONSAVE HAMZAH ALANG

Lama aku tak update blog nie. Aku busy coz dah naik pangkat. Training supervisor bahagian frozen. Aku nak cerita serba sedikit tentang kerja aku. First day aku rasa teruk gila coz aku kene susun barang macam retail assist, tapi aku tak kisah. Yang aku kisahkan ada la sorang manusia nie, dah la tak nak buat kerja. hias bunga makan masa bape jam. memang aku angin je ngan manusia nie. Jadi supervisor nie susah tau. kadang sume tak nak dengar cakap. buat suka hati je. Hari nie aku bertekak ngan manusia yang tak paham bahasa. aku suruh tukar kad harga kat bahagian buah da 2 hari tapi still tak siap. boleh plak argue ngan aku. aku yang tengah period memang sensitif. apa lagi, aku balas la balik pe dia cakap. Sebenarnya manusia ni nak jawatan supervisor nie. Tu yang dia bengang ngan aku coz aku yang dapat. Setiap patah perkataan yang keluar dr mulut aku memang dia angin. Dia lak dah lama berlagak jadi supervisor kat frozen padahal dia tu staff biasa je. Pergilah minta madam naikkan ko dari ko tunjuk protes kat aku. Aku pun tak ingin sangat la jawatan nie. Entah lah. aku tak tau keputusan aku terima jawatan nie betul ke tidak. Persoalan yang selalu bermain di minda aku, pe guna aku jadi supervisor sedangkan orang tak hormat aku. Aku tak mintak lebih just respect aku as supervisor time kerja and ikut arahan. Tak kisah la aku lagi muda atau tidak. Time kerja tu kerja lah betul2.kat luar nak jd kawan, aku tak kisah. Handle frozen sangat susah coz orang2 nya terdiri dari orang india. susah nak deal. Kadang aku rasa seperti putus asa kerja nie. Betul ke keputusan aku terima jawatan nie? :'(

Monday, March 11, 2013

Khasiat Si Bawang Merah

Aku nak bercerita tentang khasiat bawang merah. Asal aku care sangat kat bawang merah ni sebab tadi waktu makan tengah hari, aku ketepikan bawang merah dalam pinggan aku. Apalagi, mula lah orang-orang tua kat meja aku tu menasihati aku dan aku pulak menasihati orang lain (walaupun aku memang tak suka tahap gaban bawang ni). Boleh pulak suruh aku makan bawang mentah kalau nak sihat. Aku memang tak suka bawang dalam masakan, apalagi yang mentah. Surrender aku.

Khasiat bawang besar ialah:
1. Fakta pertama ialah dapat membunuh bakteria dalam mulut. Le caya ke? Aku pun tiada jawapan. Nak tau gie jumpa doktor.

2. Fakta yang kedua ialah baik untuk pesakit yang ada kanser. Sebab bawang ni adalah anti-kanser. Nie yang buat aku rasa nak makan. Tapi macam ne? Tak pe, slowly start makan.

3. Fakta ketiga dapat membantu sistem penghadaman. Bagi sesiapa yang memang ada masalah tu cuba2 la makan. Mana tau boleh baik. Orang kata ubat natural elok dari makan ubat doktor.

4. Fakta keempat dapat mengurangkan tekanan darah. Sesiapa yang selalu tension tu boleh la makan kalau tak nak kene darah tinggi muda2. :)

5. Fakta kelima dapat memperbaiki sistem pernafasan. Yang ni terkena batang hidung sendiri. Patut lah aku rasa susah nak nafas, rupanya tak banyak makan bawang. Adoii, nie lah yang sewajibnya aku makan banyak lepas ni. 

6. Fakta keenam dapat membantu orang yang kabur penglihatan dan kurang selera makan. Adoii, apesal la banyak fakta kat sini memang terkena batang hidung sendiri. Macam ne lah aku ni tak kene pakai cermin mata. Ni lah akibatnya kalau makan suka pilih2. 

P/S: Aku harap dengan perkongsian ini dapatlah aku dan kawan2 berubah dan cuba memakan bawang merah walaupun tak suka. Sebab ia banyak khasiatnya. Dalam menasihati kawan2, aku juga menasihati diriku ini.

Friday, March 8, 2013

Novel Pilihan: Kan Ku Kejar Cintamu


Sebuah novel yang amat ku sukai. Aku beli kat Mesra Mall, Kerteh. Cerita mengisahkan dua buah keluarga yang saling bermusuhan. Kerana cinta, anak sulung dari kedua belah pihak mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga. Tetapi malang tidak berbau, sehari selepas mereka pulang ke tanah air, Raiyyan ditimpa kemalangan dan amnesia. Nek Bonda mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam kepada keluarga Alma. Nek Bonda sanggup mengupah orang untuk melanggar adik lelaki Alma untuk membalas dendam. Tetapi, sejak pertama kali bertemu Alma, hati Raiyyan sentiasa resah dan gelisah. Perkataan I CINTA KAMU telah merangsangkan Raiyyan. Raiyyan mencari identitinya sendiri dan Alma memperjuangkan kasih sayangnya pada Raiyyan. Apakah kesudahan cerita ini? Kene beli sendiri la. Tapi, seronok novel ni. Novel ni adalah realiti kehidupan. Terasa nak jadi penulis novel la plak. Apapun, selamat membaca!!

ASSIGNMENT

 



Aku ni ta ada la assignment nak kene buat coz aku kerja kan sekarang. Tapi aku tolong abang aku wat keje. Aku ingatkan assignment apa la dia bagi. Rupanya law? hahah. Tatau aku dapat wat ke tak. Nasib baik aku ni adik yang baik. Haha. Sesiapa nak minta aku tolong wat assignment mari la. Tapi mesti ada pitih la na bagi. :)

Wednesday, February 20, 2013

KEPUTUSAN

Aku buntu nak pilih keputusan mane yang terbaik. Sama ada nak berhenti kerja or sambung. Semua itu bergantung pada keputusan rayuan. Memang la sedih bila tak dapat, tapi aku akan bangkit demi haikal. Apa keputusan aku? Argh!! Buntu la. Nak berhenti t karang ta dapat, ta dapat karang ta ada wet lak na kua. Haha. Hidup2. Hope dapat wat pilihan yang terbaik. :)

Saturday, February 16, 2013

HADIAH

Aku da bagi dia hadiah tu. Dia cakap sedih coz ta macam dia harapkan tapi aku happy coz dia happy terima hadiah aku. Yang aku ta puas hatinya le plak reaksi biasa je dia bg kat aku. Bengang gak la. :) Tapi aku happy gak coz dia terkejut jugak. :) Semoga hubungan ini kekal lama. Aku sayang dia n harap dia pun sayang aku seperti mana aku syg dia. I love u haikal hakim. Muaxx!!! thankz kat dia coz bg aku hadiah dr sabah. Yang aku paling happy coz dapat hadiah dr mak mertua aku. yahoo!!!!!!!!!!!!!! senyum lebar la aku. :)

Friday, February 15, 2013

RANCANGAN

Hari ni dia pulang ke Semenanjung selepas bercuti di Sabah bersama keluarganya. Aku gembira dia selalu mengambil berat tentang aku walaupun kami jauh. Aku semakin lah sayang n cinta kat dia. Hehe. Aku pun membuat keputusan nak surprise ka dia dengan hadiah yang aku beli. Esok adalah hari nya di mana aku na bagi dia hadiah. Kau jangan spoil kan mood dia lak farah! Kau ni kadang bukan betul pun. ish! hee :) Hope dia suka hadiah aku tu. Aku nak sangat tengok reaksi dia yang malu2. Thankz nisa a.k.a bff aku cz tolong aku arrange semua. hug! :)

Saturday, February 9, 2013

SELEPAS CUTI SEMINGGU

Hari ini aku nak cerita tentang kerja aku. Aku masuk petang, so aku datang je, mula lah aku buat bising kat econsave tu. Semua aku tegur tanya rindu aku tak. Maklumlah cuti seminggu kan. haha. Madam pun kata rindu aku. Tapi yang tak le bla nye, ada ke patut sayur cameron datang satu kontena. Balas dendam betul sayur ni. Haha. Takde la satu kontena. Aku wat gempak je. Tapi 122 kotak je. hee. :) Memang balas dendam betul la. Malang nya aku tak dapat public esok coz aku da cuti seminggu. Sedih je aku. Apapun kenangan di econsave tak akan pernah aku lupakan. :)

Wednesday, February 6, 2013

TAHUN BARU

Setelah lama aku tidak mengupdate sebarang perkhabaran tentang diri ini. Bukan apa, aku terlalu busy dengan kerja aku. Kini aku berada di terengganu membuat clearence untuk membersihkan namaku. :) Aku hampa apabila keputusan penerapan tidak seperti yang aku harapkan. Tetapi dengan adanya sokongan daripada haikal, aku bangkit dari kesedihan ini dan aku akan terus berjuang untuk mencapai impian aku. Kini aku menunggu keputusan rayuan. Aku harap keputusan ini adalah rezekiku. Sempena tahun baru yang menjelma ini, aku berjanji bahawa aku akan belajar bersungguh2 degree. Ketika itu aku tidak akan merasa sebarang kekesalan yang mampu merubah takdirku. :)