Sunday, March 31, 2013
SUPERVISOR FROZENECONSAVE HAMZAH ALANG
Lama aku tak update blog nie. Aku busy coz dah naik pangkat. Training supervisor bahagian frozen. Aku nak cerita serba sedikit tentang kerja aku. First day aku rasa teruk gila coz aku kene susun barang macam retail assist, tapi aku tak kisah. Yang aku kisahkan ada la sorang manusia nie, dah la tak nak buat kerja. hias bunga makan masa bape jam. memang aku angin je ngan manusia nie. Jadi supervisor nie susah tau. kadang sume tak nak dengar cakap. buat suka hati je. Hari nie aku bertekak ngan manusia yang tak paham bahasa. aku suruh tukar kad harga kat bahagian buah da 2 hari tapi still tak siap. boleh plak argue ngan aku. aku yang tengah period memang sensitif. apa lagi, aku balas la balik pe dia cakap. Sebenarnya manusia ni nak jawatan supervisor nie. Tu yang dia bengang ngan aku coz aku yang dapat. Setiap patah perkataan yang keluar dr mulut aku memang dia angin. Dia lak dah lama berlagak jadi supervisor kat frozen padahal dia tu staff biasa je. Pergilah minta madam naikkan ko dari ko tunjuk protes kat aku. Aku pun tak ingin sangat la jawatan nie. Entah lah. aku tak tau keputusan aku terima jawatan nie betul ke tidak. Persoalan yang selalu bermain di minda aku, pe guna aku jadi supervisor sedangkan orang tak hormat aku. Aku tak mintak lebih just respect aku as supervisor time kerja and ikut arahan. Tak kisah la aku lagi muda atau tidak. Time kerja tu kerja lah betul2.kat luar nak jd kawan, aku tak kisah. Handle frozen sangat susah coz orang2 nya terdiri dari orang india. susah nak deal. Kadang aku rasa seperti putus asa kerja nie. Betul ke keputusan aku terima jawatan nie? :'(
Monday, March 11, 2013
Khasiat Si Bawang Merah
Aku nak bercerita tentang khasiat bawang merah. Asal aku care sangat kat bawang merah ni sebab tadi waktu makan tengah hari, aku ketepikan bawang merah dalam pinggan aku. Apalagi, mula lah orang-orang tua kat meja aku tu menasihati aku dan aku pulak menasihati orang lain (walaupun aku memang tak suka tahap gaban bawang ni). Boleh pulak suruh aku makan bawang mentah kalau nak sihat. Aku memang tak suka bawang dalam masakan, apalagi yang mentah. Surrender aku.
Khasiat bawang besar ialah:
1. Fakta pertama ialah dapat membunuh bakteria dalam mulut. Le caya ke? Aku pun tiada jawapan. Nak tau gie jumpa doktor.
2. Fakta yang kedua ialah baik untuk pesakit yang ada kanser. Sebab bawang ni adalah anti-kanser. Nie yang buat aku rasa nak makan. Tapi macam ne? Tak pe, slowly start makan.
3. Fakta ketiga dapat membantu sistem penghadaman. Bagi sesiapa yang memang ada masalah tu cuba2 la makan. Mana tau boleh baik. Orang kata ubat natural elok dari makan ubat doktor.
4. Fakta keempat dapat mengurangkan tekanan darah. Sesiapa yang selalu tension tu boleh la makan kalau tak nak kene darah tinggi muda2. :)
5. Fakta kelima dapat memperbaiki sistem pernafasan. Yang ni terkena batang hidung sendiri. Patut lah aku rasa susah nak nafas, rupanya tak banyak makan bawang. Adoii, nie lah yang sewajibnya aku makan banyak lepas ni.
6. Fakta keenam dapat membantu orang yang kabur penglihatan dan kurang selera makan. Adoii, apesal la banyak fakta kat sini memang terkena batang hidung sendiri. Macam ne lah aku ni tak kene pakai cermin mata. Ni lah akibatnya kalau makan suka pilih2.
P/S: Aku harap dengan perkongsian ini dapatlah aku dan kawan2 berubah dan cuba memakan bawang merah walaupun tak suka. Sebab ia banyak khasiatnya. Dalam menasihati kawan2, aku juga menasihati diriku ini.
Friday, March 8, 2013
Novel Pilihan: Kan Ku Kejar Cintamu
Sebuah novel yang amat ku sukai. Aku beli kat Mesra Mall, Kerteh. Cerita mengisahkan dua buah keluarga yang saling bermusuhan. Kerana cinta, anak sulung dari kedua belah pihak mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga. Tetapi malang tidak berbau, sehari selepas mereka pulang ke tanah air, Raiyyan ditimpa kemalangan dan amnesia. Nek Bonda mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam kepada keluarga Alma. Nek Bonda sanggup mengupah orang untuk melanggar adik lelaki Alma untuk membalas dendam. Tetapi, sejak pertama kali bertemu Alma, hati Raiyyan sentiasa resah dan gelisah. Perkataan I CINTA KAMU telah merangsangkan Raiyyan. Raiyyan mencari identitinya sendiri dan Alma memperjuangkan kasih sayangnya pada Raiyyan. Apakah kesudahan cerita ini? Kene beli sendiri la. Tapi, seronok novel ni. Novel ni adalah realiti kehidupan. Terasa nak jadi penulis novel la plak. Apapun, selamat membaca!!
ASSIGNMENT
Aku ni ta ada la assignment nak kene buat coz aku kerja kan sekarang. Tapi aku tolong abang aku wat keje. Aku ingatkan assignment apa la dia bagi. Rupanya law? hahah. Tatau aku dapat wat ke tak. Nasib baik aku ni adik yang baik. Haha. Sesiapa nak minta aku tolong wat assignment mari la. Tapi mesti ada pitih la na bagi. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)