Sebuah novel yang amat ku sukai. Aku beli kat Mesra Mall, Kerteh. Cerita mengisahkan dua buah keluarga yang saling bermusuhan. Kerana cinta, anak sulung dari kedua belah pihak mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga. Tetapi malang tidak berbau, sehari selepas mereka pulang ke tanah air, Raiyyan ditimpa kemalangan dan amnesia. Nek Bonda mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam kepada keluarga Alma. Nek Bonda sanggup mengupah orang untuk melanggar adik lelaki Alma untuk membalas dendam. Tetapi, sejak pertama kali bertemu Alma, hati Raiyyan sentiasa resah dan gelisah. Perkataan I CINTA KAMU telah merangsangkan Raiyyan. Raiyyan mencari identitinya sendiri dan Alma memperjuangkan kasih sayangnya pada Raiyyan. Apakah kesudahan cerita ini? Kene beli sendiri la. Tapi, seronok novel ni. Novel ni adalah realiti kehidupan. Terasa nak jadi penulis novel la plak. Apapun, selamat membaca!!
No comments:
Post a Comment