Pertama kali ku melihatmu,
Aku telah jatuh hati kepadamu,
Adakah ini yang dikatakan CINTA PADA PANDANGAN PERTAMA??
Setelah itu kau mengajakku keluar bersama,
Kita semakin rapat,rapat dan rapat,
Ketika kau meluahkan perasaan kau terhadapku,
Ku rasakan dunia ini bagai aku yang punya,
Aku merasa dunia ini begitu indah,
Inikah dia CINTA??
Kau hadir ke dalam hidupku,
Membawa cahaya kegembiraan dan kebahagiaan,
Kau sinari dunia ku setiap hari dengan sinaranmu,
Lalu kau siraminya dengan ungkapan cintamu setiap hari.
Cinta yang baru tumbuh mula mekar dan mekar,
Cinta yang kau bawa menghapus dan membalut luka sebelum ini,
Luka akibat kecundang dalam percintaan,
Lalu kau baja cintamu dalam hatiku.
Kini aku hidup dan berkembang mekar setiap hari,
Kerana cintaku semakin bertambah dan bertambah kepadamu,
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku,
Terima kasih kerana menarik ku kembali setelah kecundang,
Terima kasih kerana sentiasa menyinari cahaya dalam hidupku....
Aku mencintaimu setulus hatiku,
Tiada kata2 yang dapat ku luahkan,
Hanya cinta yang mampu aku berikan padamu,
Aku mencintaimu....................
No comments:
Post a Comment